Thursday, August 28, 2008

Ciri-ciri aktiviti sebuah kelab/persatuan yang cemerlang

Kepada sesiapa yang tidak tahu, saya merupakan pelajar tahun akhir di UPM ini dan saya telah menyertai dan memerhati pelbagai jenis aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar UPM. Ada diantara mereka bagus dan ada pula yang saya boleh sifatkan sebagai membuang masa sahaja. Melalui artikel ini, saya akan berkongsi dengan saudara/saudari sekalian, ciri-ciri aktiviti sebuah kelab/persatuan pelajar yang berkualiti berdasarkan pendapat dan pengalaman saya. Saya akan membentangkan hujah-hujah saya berdasarkan empat isu dibawah, iaitu:

• Keberkesanan
• Jangka Masa dan Berterusan
• Peluang Pembelajaran
• Interaksi/Pendedahan

Keberkesan. Apabila saya katakan keberkesanan saya ingin mengatakan bahawa jika sebuah kelab melakukan sebuah aktiviti, ia perlu mempunyai satu kesan jangka panjang. Contohnya apabila saya menyertai kelas bahasa inggeris, tujuannya supaya saya dapat memperbaiki kemahiran saya berbahasa inggeris. Jelas bukan? Namun begitu, terdapat suatu kelemahan di dalam kesan yang diberikan oleh kebanyakan aktiviti kelab terutama aktiviti-aktiviti di kolej. Iaitu kesan yang diberikan tidak mempunyai fokus dan impak yang cukup mendalam jika dibandingkan dengan usaha yang dilaburkan. Pada tahun lepas, kebanyakan aktiviti yang dilakukan kolej saya hanya berbentuk seharian. Disebabkan ia dilakukan sehari dan hanya terhadap pelajar kolej sahaja maka tidak ramai yang mahu datang. Kemudian, paksaan perlu dilakukan terhadap penduduk asrama supaya kedatangan akan meningkat. Saya pasti memang terdapat keinginan untuk membuat aktiviti yang mempunyai tempoh yang lebih lama tetapi setakat ini, itulah kenyataannya. Masalah ini bukan dihadapi oleh kolej saya sahaja malah persatuan/kelab lain. Baru-baru ini terdapat satu poster yang menunjukkan sebuah persatuan memberikan perkhidmatan mencuci kereta untuk tujuan amal, untuk menyelamatkan penyu-penyu. Kelab ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang bijak, adakah tenaga kuderat sahaja yang boleh mereka gunakan untuk membuat perubahan di dunia?
Di Malaysia, kita mempunyai suatu tabiat yang buruk iaitu kita pentingkan publisiti murahan. Yang penting, kita buat aktiviti, nama aktiviti mesti hebat, VIP perlu dijemput tetapi isi kandugan aktiviti kemudian. Pada awal tahun lepas, semua presiden kelab dan MTP dijemput untuk menyumbang tenaga untuk suatu projek baharu. Projek ini akan menjemput delegasi yang terdiri daripada pemimpin pelajar daripada seluruh dunia dan dikumpulkan di Malaysia. Tetapi yang menyedihkan di dalam kertas kerja yang diberikan intipati program hanya ditulis sebagai “seminar 1”, “seminar 2” dan sebagainya. Apa yang saya cuba sampaikan disini, kita mahu publisiti murahan, mahu aktiviti yang menonjolkan diri tetapi tidak kisah akan kandungan dan matlamat aktiviti tersebut. Sebenarnya, keberkesanan yang saya maksudkan itu bersifat subjektif tetapi di sini saya mempersoalkan kecenderungan kami untuk memberi keutamaan kepada benda-benda luaran berbanding dalaman.

Jangka masa dan berterusan. Jika dibandingkan dengan hujah sebelum ini,kupasan isu ini lebih berterus-terang tanpa kompromi. Saya ada katakan sebelum ini, pada tahun lepas kolej saya asyik melakukan aktiviti selama satu hari sahaja. Jangan marah, adakah ia benar atau tidak...ketepikan... dan dengar pendapat saya dahulu kerana saya pasti bukan kolej saya melakukan perkara ini. Baiklah, saya berpendapat sesuatu aktiviti tidaklah boleh sebegitu pendek, sekurang-kurangya tiga hari. Kenapa? Jawapannya ada pada ajk aktviti tersebut. Bayangkan saudara/saudari sekalian merupakan seorang ajk aktviti satu hari sahaja, kamu akan membuat persiapan dan sebagainya dan apabila aktiviti tamat maka tamatlah ‘kontrak’ Terdapat tiga masalah. Pertama, ialah kebanyakan aktiviti tidak menjana perpaduan dan persefahaman dikalangan ajk kerana kebiasaannya kitaran masa suatu projek yang dilakukan adalah terlalu pendek dan tidak mampu melatih pelajar untuk mengenali antara satu sama lain. Keadaan ini tidak bermanfaat untuk jangka panjang, kerana projek jangka panjang memerlukan ahli pasukan yg mempunyai persefahaman yang tinggi dan saling kenal antara satu sama lain. Maka dengan itu kerjasama yang erat mampu dibuat memandangkan keserasian wujud disini. Dua, di akhir projek nikmat kepuasan dan kebanggaan diri tidak dikecapi sepenuhnya . Ia hanyalah kerja sehari , mudah sahaja. Kamu, sebagai ajk susah untuk berkata “saya telah melalui pelbagai kesukaran dan akhirnya berjaya, syabas!!!” Cuba bandingkan perasaan kamu ketika habis suatu aktiviti sehari dan perasaan apabila minggu perkasa putra habis dengan tahap perpaduan di antara penduduk kolej adalah tinggi. Perasaan bangga itu berlainan. Bangga bukan riak, ya!!. Tiga, ia memerlukan tahap perancangan yang rendah. Lagi kecil aktiviti tersebut, lagi sedikit persediaan yang diperlukan, lagi kurang daya pemikiran digunakan. Kita sebagai pelajar yang berkerja harus melatih keupayaan kognitif kami sebagai persediaan.
Suatu projek di kendalikan persatuan pelajar haruslah dilakukan secara berterusan, tetapi kini ia semakin sukar untuk dikekalkan dari tahun ke tahun yang seterusnya. Kenapa? Kerana budaya kita buat semata-mata untuk mendapat nama dan tiada inisiatif untuk berfikir lagi jauh dari itu. Aktiviti persatuan perlulah konsisten, contohnya seperti kelas bahasa inggeris sekali setiap dua minggu dan ia pun sudah dikira cukup bagus. Dan bagi aktiviti besar, ia perlu dilakukan berterusan setiap tahun. Lihatlah karnival yang dilakukan beberapa MTP. Antaranya K17 pada tahun lepas, KMR pada tiga tahun yang lalu rasanya (tak pasti) dan banyak lagi. Sebuah syarikat tidak wujud selama setahun sahaja tetapi berpuluh-puluh tahun, bagaimana kami yang beria-ria mahu jadi usahawan, tidak mempunyai pandangan yang jauh. Mahasiswa perlu berfikiran jauh, bagaimana? Berlatih berfikir sedemikian dengan merancang jauh ke hadapan di dalam akitviti yang dijalankan. Biasakan diri dengan konsep “sustainability” Perhatikan projek “Dogathon” yang dianjurkan fakulti veterinar. Setiap tahun, ia tiada gagal untuk dijalankan dengan cemerlang sekali. Suatu projek perlu dijalankan berterusan supaya ada kemajuan di dalam diri kita dan juga projek tersebut.

Peluang pembelajaran. Apabila suatu aktiviti dijalankan siapa yang akan mendapat paling banyak ilmu? Peserta bukan? Sepatutnya kedua-dua peserta dan ajk akan mempunyai perkembangan sama ada dari segi ilmu ataupun kemahiran. Lihat, kebelakangan ini kolej saya selalu menjemput seorang speaker yang handal untuk menjalankan sesuatu seminar. Dan apabila speaker ini tidak ada masa lapang apa akan jadi? Kita harus mempunyai mentaliti meningkatkan modal insan. Istilah ini selalu disebut tetapi tidak pernah diamalkan. Cakap kosong sahaja. Pemimpin harus mengenal pasti pelajar yang mahir dan mampu mengendalikan seminar. Pelajar ini akan mengajar dan berkongsi pengalaman mereka kepada junior-junior mereka. Kemudian, ilmu ini boleh para junior kembangkan dan perbaiki untuk digunakan ke atas junior mereka, pada tahun hadapan. Inilah konsep sustainability. Jangan asyik bergantung kepada orang lain.
Saya selalu lihat mana-mana persatuan kepimpinan berkata bahawa persatuan mereka dapat membentuk sifat pemimpin. Bagaimana? Mereka selalu akan menjawab degan menjalankan projek. Saya mahu tanya pula, “Bagaimana degan menjalankan projek dapat say membentuk sifat kepimpinana saya?” Jawapan saya adalah cara projek itu dijalankan. Saya lihat ajk di peringkat kolej bagaikan tenga buruh. Kami tidak belajar cara penurusan dan kepimpinan yang baru. Cara kami menjalankan projek sama sahaja macam sekolah menengah, aktviti yang dijalankan pun pernah kami buat di sekolah menegah. Sebagai pelajar universiti, jauhilah mentaliti sekolah menengah dan cuba mencapai mentaliti korporat/profesional. Cuba bayangkan cara kami merancang untuk makan malam rasmi. Kami akan meeting sini, meeting sana dan dengar apa yang penasihat lakukan. Setiap kali meeting, minit akan dicatatkan dan ditandatagani tetapi ajk masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mesyuarat tersebut telah gagal. Sekarang cuba bayangkan, sebuah syarikat event planner yang profesional. Kerja mereka adalah lebih kurang sama, projek mereka lebih besar, tenaga kerja sedikit sahaja. Tetapi mereka tetap dapat menjayakan projek mereka. Apakah perbezaan kami dan mereka? Inilah yang perlu dipersoalkan dan diselidik. Adakah mereka mempunyai kaedah komunikasi dan mesyuarat yang lebih efektif. Adakah mereka mengagih kerja dengan lebih bagus? Inilah apa yang saya maksudkan dengan “jauhilah mentaliti sekolah menengah dan cuba mencapai mentaliti korporat/profesional”

Interaksi/Pendedahan. Saya perhatikan aktiviti kolej saya selalu diadakan dikalangan pelajar kolej saya sahaja. Keadaan ini tidak membatu pelajar memperkayakan minda mereka. Lagi sedikit kepelbagaian yang terdapat di dalam pergaulan, lagi sedikit minda kamu akan bekembang. Maksudnya, jika kami sentiasa bergaul dengan pelajar yang sama pengajian dengan kami sendiri, maka pemikiran kamu kekal sama dan tidak dinamik atau dinamakan “one track mind”. Sedangkan, terdapat pelbagai personaliti dan gaya pemikiran yang berbeza diluar sana. Seperti mana pengalaman saya bekerjasama dengan pelajar kejuruteraan di dalam sebuah projek di dalam sebuah projek. Dia asyik bercakap di alam angka dan nombor sedangkan saya berfikir dalam gambaran dan rajah. Kami perlu mengalami interaksi sebegini kerana apabila kami berkerja kita akan melalui cabaran berkerja dengan manusia daripada pelbagai bidang. Lebih baik sekarang, daripada kemudian.
Setiap kali saudara/saudari berkata tidak ada idea atau ilham untuk menjalankan aktiviti baru, ini menunjukkan kamu tidak mempunyai interaksi dan pendedahan yang cukup. Kerana kamu tidak tahu apa yang dilakukan orang lain. Saya hairan kenapa, sekretariat tidak berkejasama dengan sekretariat kolej lain untuk berkerjasama atau bertukar pendapat. Saya difahamkan ia disebabkan malu hendak menunjukkan keadaan masing-masing. Maka tak hairanlah aktiviti kolej tidak sehebat mana. Perhatikan ICED, iaitu inter college english debate yang dianjurkan koleh 16. Mereka telah berkerjasama dengan DOSE iaitu sebuat persatuan perdebatan bahasa inggeris. Ini adalah tindakan yang bijak. Sekeretariat mereka mengaku kekurangan diri dan mengambil inisiatif untuk mencari rakan yang dapat membantu mereka. Oleh itu, sebuah kelab harus mencari kawan untuk berkerjasama seperti mana yang telah ditunjukkan kolej 16.
Rasanya, saya telah mebuat beberapa kenyataan yang mungkin tidak sedap didengar beberapa individu dan saya minta maaf. Tetapi saya hanya ingin berkongsi pendapat dan meluahkan kekecewaan saya terhadap beberapa perkara. Saya pernah ditanya kenapa saya tidak suka aktiviti kolej dan saya harap artikel ini dapat menjawab persoalan tersebut. Namun begitu, saya berpendapat masaalah yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan pelajar ini bukanlah disebabkan individu yangmengetuainya tetapi disebabkan oleh beberapa bentuk budaya negatif yang ada dikalangan mereka. Perkara ini akan saya ulaskan tidak lama lagi. Sebelum saya akhiri artikel ini saya mahu mencadangkan suatu projek yang berkualiti yang dianjurkan AIESEC UKM. http://www.aiesec-create08.com/ klik sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin