Thursday, August 28, 2008

MPP perlulah menjadi relevan kepada pelajar melalui MTP

Saya lihat MTP Kolej tidak ada idea, pengalaman atau kemahiran menjalankan aktiviti yang berkualiti. Semua secretariat akan menjalankan aktiviti yang lebih kurang sama, tiada inovasi. Sekretariat Akademik akan buat kelas tambahan, Sekreatariat akan jual roti atau perkhidmatan cuci kereta. Sekretariat sukan akan bersukan dan sebagainya. Contoh yang saya berikan mungkin terlalu am, tetapi apa yang saya cuba sampaikan ialah masa dan usaha menjalankan aktiviti tersebut tidak setimpal dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehi. Ia tidak relevan dan berguna kepada mahasiswa. Aktiviti yang dijalankan lebih kurang sama sekolah mengengah, masih mempunyai “high school mentatlity”. Seperti yang seorang kawan saya katakan, aktiviti kolej banyak yang “syok sendiri” Lawatilah http://beyonduni.blogspot.com/2008/08/ciri-ciri-aktiviti-sebuah.html untuk mengetahui ciri-ciri yang perlu ada pada aktiviti sebuah persatuan pelajar. Senang kata, sebesar mana pun projek itu takkan berguna jika pelajar tidak belajar apa-apa. Dan apabila saya katakan belajar, maksudnya belajar perkara baru dan setaraf dengan status kami sebagai mahasiswa.

Oleh itu, saya cadangkan MPP bertukar daripada sesuatu organisasi “besar” dan “memerintah” kepada yang “mengajar” dan “menyokong” pelajar, khususnya MTP. Contohnya, ramai yang mahu menjalankan aktiviti besar seperti MPP, namun begitu, mereka tidak mempunyai pengalaman, kemahiran dan ilmu untuk menjalankannya. Contohnya, mendapatkan sponsorship. Disini MPP boleh memainkan peranan sebagai mentor atau penasihat dengan berkongsi pengalaman dan ilmu mereka, dalam bidang yang diperlukan MTP. Apabila MTP sudah mahir maka mereka pula akan mengajar junior mereka di tahun hadapan, serta MTP yang sudah mahir ini boleh direkrut menjadi MPP sekaligus menguatkan MPP. Dengan ini, terhasillah suatu aliran ilmu dan tenaga kerja daripada mahasiswa berkualiti yang berterusan dari tahun ke tahun.

Saya juga ingin mengetengahkan juga bahawa semua MTP pernah mengalami konflik dalaman, oleh itu mungkin MPP yang sudah berpengalaman dan berkongsi pengalaman dan mendidik MTP cara-cara mengatasi masalh ini. Apabila terjalin suatu hubungan antara MPP-MTP-pelajar yang menjangkaui projek, BBQ dan hierarki maka barulah kita dapat bersama-sama berusaha memajukan UPM. Mungkin artikel ini, http://beyonduni.blogspot.com/2008/08/creating-synergy-in-student.html dapat memberi beberapa idea untuk memulakan perubahan yang saya telah cadangkan.

Sekian terima kasih.

2 comments:

  1. Apa maksud "good idea but be careful"?

    Kalau ada apa2 yg tak betul cakap terang2 la..

    Dalam blog ni, saya galakkan perbincangan terbuka, kerana aku percaya dengan pengalaman, orang bijak berkata2 (tin kosong) boleh dibezakan dengan orang yang berkata2 benda yang bijak dan benar...

    Saya tahu saya memang lantang pasal hal ini, ko bacalah artikel aku yag lain, memang aku takde belas kasihan...tapi ingat nih...setiap kali seseorang yang mahasiswa lantang menyuarakan pendapatnya disenyapkan maka akan hilanglah seorang mahasiswa yang berkualiti dan berpotensi menyumbang kepada kemajuan tidak kira negara, agama, bangsa ataupun universiti sekalipun.

    Tidak perlu lihat siapa yang mengatakannaaya (VIP ini, VIP tuh) tapi lihatlah apa yang diperkatannya (penigisian dan hujah2)

    sekian...

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin