Wednesday, September 17, 2008

Delusi Usahawan

Antara beberapa isu atau topik yang aku suka bincangkan adalah keusahawanan. Aku ada jugak la cita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Tapi sekarang nih yang penting aku nak cari ilmu dan pengalaman dulu. Dan aku rasa bukan aku sorang saja fikir macam tuh, ramai yang minat tidak kira bangsa atau usia. Tapi seperti yang korang lihat tajuk artikel hari ini adalah “delusi usahawan” so... teruskan membaca.

Aku tengok istilah keusahawanan, kepimpinan dan pengurusan selalu disalahgunakan. Istilah akan disebut-sebut semasa pilihanraya atau temuramah calon pemimpin pelajar. Namun begitu, topik tersebut tidak diajar ataupun diaplikasikan di dalam sebarang bentuk aktiviti. Kalau ada pun, hanya untuk mencukupkan syarat sahaja. Contohnya, semua kolej mempunyai sekretariat keusahawanan namun begitu tidak semua aktiviti mereka sampai ke tahap universiti. Jarang, adalah karnival sini-sana, cukuplah. Tetapi saya nak ceritakan kepada yang lain, sekretariat ini tidak mempunyai sebarang idea untuk aktiviti mereka, dan apabila mesyuarat diadakan hasilnya, aktiviti mereka adalah menjual air, menjual roti/kerepek dan mencuci kereta. Pemikiran tersebut, tahap sekolah menengah bolehlah, tapi kami ni pelajar universiti. Takkan kederat kami sahaja yang boleh ‘dijual’ oleh mahasiswa.

Yang aku paling menyampah ialah ada segolongan manusia yang begitu mudah menjadi bangga apabila bergelar ‘usahawan’. Konnonya usahawan, tapi apa yang mereka buat hanyalah menjual roti di tepi koridor asrama. Lepas tuh, berani pulak marah-marah rakan sekolej yang kami tak menyokong para usahawan. Korang ada nampak Tony Fernandes marah-marah kat MAS sebab bersaing dengan AirAsia. Ada yang lagi hampeh, dapat jawatan dalam sekretariat keusahawanan pun dah syok giler. Belum buat apa-apa aktiviti bersifat keusahawanan, dah nak bangga. Aku dah tengok perancangan tahunan mereka. Diorang akan buat malam tayangan filem, dan yang paling best, sebelum tuh diorang akan buat survey mengenai tayangan filem. Market research konon. Ketara sangat semua pelajar ini tidak tahu apa itu keusahwanan. Kerana salah satu sikap buruk di Malaysia, kita tahu bercakap tapi tak tahu nak buat. Saya pun ada buat bisnes, tapi saya nak mengakui hakikat tersebut sebab kecil sangat dan gaya saya buatnya tidak profesional langsung. Sebenarnya, saya bertuah mendapat pelbagai jenis pendedahan. Contohnya, saya ada seorang rakan yang berhenti belajar universit untuk memulakan suatu perniagaan bernama yourparttime.com. Tu baru la usahwan. Dia merancang, dia mencari ilmu, kemudian ambil risiko dan berkorban untuk impian tersebut. Wahai ahli kelab dan sekretatriat usahawan, Berani buat macam tuh? Kalau tak berani, tak payah la bangga sangat yang korang tu usahawan. Tak payah susah payah pergi uni amik major keusahawan untuk jual roti dan nasi lemak.
Bukannya apa, niat kelab keusahwanan bagus tapi kaedahnya tak bagus. Korang mesti faham yang tujuannya, kita mahu ramai usahawan ialah supaya satu, dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan kedua, dapat menarik minat pelabur asing untuk melabur di Malaysia. So aku tanya, korang jual nasi lemak tepi koridor, ade ke pelabu asing nak datang melabur kat korang?
Aku asyik mengutuk je korang. Takpelah, nanti aku akan terangkan apa itu keusahwanan bagi aku. Didalam artikel yang akan datang. Sebelum aku henti, aku nak kata, keusahwanan bukan hanya pasal duit tetapi adalah suatu attitud, mentaliti, cara berfikir dan inovasi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin