Saturday, February 28, 2009

Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa inggeris (PPSMI) telah hebat diperdebatkan tetapi tidak membuahkan sebarang kata putus. Pada hari ni, saya ingin membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan sedemikian, serta cadangan saya sendiri.

Kedua-dua pihak pembangkan dan penyokong PPSMI telah gagal untuk mencapai kata sepakat menegenai isu ini kerana kedua-dua pihak ingin menjawab pelbagai isu melalui satu isu ini. Antara sub-topik yang diperdebatkan adalah kejatian diri, penerimaan ilmu dari ilmuwan barat, cabaran globalisasi, permintaan pasaran kerja dan sebagainya. Namun, semua sub-topik ini melihat masalah ini dari sudut yang berbeza, dan dengan setiap perspektif berbeza itu membawa objektif yang berbeza juga. Perbincangan yang inginkan objektif berlainan tidak akan membuahkan hasil. Apakah objektif PPSMI?

Seperti saya katakan, isu ini dapat dikupas dari pelbagai sudut. Kejatian diri, golabalisasi dan sebagainya. Namun, tidak ada sesiapa yang mempersoalkan pihak yang paling penting dalam isu ini: PELAJAR!!! Pelajarlah yang terpaksa mengharungi segala kesusahan untuk menyesuaikan diri, bukan ahli politikus, sasterawan, ilmuwan ataupun pihak majikan. Di dalam bahasa apakah pelajar dapat menunjukkan prestasi lebih tinggi? Di sekolah rendah dan menengah, keutamaan perlu diberikan kepada pemahaman dan minat terhadap subjek Sains dan Matematik. Jika tidak, maka akhirnya apabila pelajar tadi sudah menjadi graduan, kita akan mendapat graduan yang hanya belajar semata-mata untuk markah dan bukan untuk menjadi pekerja yang menyumbang kepada industri dan negara. Jika minat dan pemahaman sudah ada , halangan bahasa tidak akan menjadi persoalan.

Untuk pelajaran sains & matematik di sekolah rendah dan menengah, penggunaan bahasa melayu boleh diterima kerana ilmu yang diajar sudahpun berusia ratusan tahun, maka, pihak yang berkaitan tidak akan mengalami masalah dalam mengalih bahasakannya. Namun, bagi ilmu peringkat universiti, ilmunya dikemaskini dalam masa yang singkat maka adalah mustahil untuk di alih bahasa untuk pemahaman ahli masyarakat. Lagipun, kebanyakan syarikat menggunkan bahasa inggeris sebagai bahasa perniagaan, maka para graduan yang ingin mencari kerja tidak boleh lari dari realiti ni. Merujuk kepada PPSMI di sekolah tadi, saya bukan menyokong PPSMI tetapi yang penting sebelum mempersoalkan bahasa, pelajar perlu memahami dan menghargai ilmu tersebut tidak kira bahasa penyampainnya. Apatah lagi, subjek bahasa inggeris memang sudahpun diajar di peringkat sekolah renda dan menegah.

Namun saya amat menyetujui pembelajaran di dalam bahasa inggeris di universiti. Kepada mahasiswa yang degil untuk berubah atau mencuba, saya berikan sebuah analogi. Jika anda ingin menyertai perlumbaan F1, sudah pasti anda tidak akan menggunakan kereta kancil untuk perlumbaan tersebut, anda akan gunakan kereta F1 juga. Tetapi penggunaan F1 tidak menjamin kemenamgan anda, menggunakan kereta kancil akan pasti menjamin kekalahan anda. Lagi jauh, lagi tinggi, anda ingin capai di dalam kerjaya anda, lagi tinggilah keperluannya untuk menguasai bahasa inggeris. Kemahiran ini, tidak boleh dibentuk dalam sehari, mulakan sedikit demi sedikit setiap hari, nescaya, hasilnya akan anda rasai.

Kita tidak boleh nafikan bahawa setakat ini, peneraju ilmu adalah dipegang dunia barat. Seperti analogi perlumbaan F1 tadi, nak atau tidak, kena ikut juga. Cuba bayangkan, adakah kebangkitan ‘reneissance’ eropah selepas zaman gelap akan berlaku, jika ilmuwan eropah degil dan tidak mempelajari bahasa arab sebelum mengalih bahasakannya? Sehinga Malaysia, berada setanding dengan dunia barat dari segi ilmu, akui kekurangan diri, merendah diri, tetapi tetap bangga, yakin diri akan potensi yang ada, dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Ingat bagaimana Si Kura-Kura memenangi perlumbaan?

Sekian, Terima Kasih.

http://chedet.co.cc/cgi-bin/mt4/mt-tb.cgi/186

2 comments:

  1. i think its better learn in bahasa than in english
    soalnya sekarang pemahaman......sbb ramai sgt guna contoh negara jepun...kali ni kita guna pulak contoh lain
    zaman2 islam, rome dan parsi....mereka byk mengambil ilmu2 luar dan diterjemahkan ke dlm bahasa sendiri.
    alasannya supaya lebih ramai rakyat memahami ilmu ini. penulisan2 ilmu ke dlm bahasa sendiri lebih mudah dikomunikasikan dan dikembangkan. sebagai contoh, inersia. Inertia is the resistance of mass, i.e. any physical object, to a change in its state of motion. dgn membaca ini kita hanya menghafal dan bukan betul2 faham akan inersia ini. tp bila guna bahsa, inersia ini mengatakan bahawa objek yang pegun (tidak bergerak) akan kekal pegun manakala objek yang bergerak pula akan terus bergerak dengan halaju yang malar dengan syarat tiada daya luar yang bertindak ke atas objek tersebut. mudah pula diberi contoh, tu pasal ko x balance dan nak terjatuh bile bas berhenti tiba2. bdn ko tgh gerak...bile berenti bdn ko still bergerak. tu sbb bdn ko x stabel. wlpon penerangan spt kurang berilmiah tp hakikatnya konsep ni lebih mudah dikomunikasikan kpd org yg cetek pengetahuannya. Mgkin atas sbb kefahaman inilah org jepun revolusikan kemajuan teknologi mereka sehingga mereka kini mampu bergerak lbh jauh dari negara barat. Perkara ini wlbgmanapun perlulah difikir secara mendalam dan kesannya adalah dlm tempoh yg lama mgkin 30 thn mgkin lebih. bkn sekejap amal dlm bhs inggeris kemudian melayu kemudian inggeris kemudian melayu pula. mcm ni, sampai bila2 kita ternganga dan tdk dapat rahsia kemajuan teknologi negara lain. sekian.

    ReplyDelete
  2. Pemahaman ilmu lebih mudah dalam bahasa asal? Saya tidak hairan jika ia benar.

    Macam saya katakan, saya terima pembelajaran dalam BM jika terbukti pelajar tidak mampu memahaminya dalam BI.

    Jepun memang telah mencapai kemajuan yang tinggi dgn mengalih bahasakan ilmu luar. Namun, negitu saya tidak dpt lihat usaha yang sama dilakukan oleh para bijak pandai negara kita. Itu atau orang kebanyakan Malaysia tidak menghargai usaha tersebut.

    Akhir sekali, saya memang setuju dgn kenyataan anda bahawa kita tidak patut tukar2 BM BI BM BI

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin