Monday, March 30, 2009

Ciri-ciri Pelajar yang telah Membazirkan Zaman Universtiti Mereka

Untuk pengetahuan para pembaca, penulis merupakan seorang pelajar tahun akhir dan di dalam beberapa bulan lagi zaman UPM baginya telah tamat. Melainkan jika masih terdapat peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Apa-apapun, tujuan artikel hari ini adalah untuk saya berkongsi pemerhatian terhadap ciri-ciri yang dipunyai oleh beberapa pelajar yang saya rasakan telah membazirkan zaman universiti mereka. Harapnya korang dapat belajar dari kesilapan pelajar-pelajar ini dan mula mengambil inisiatiaf lebih dan mengambil peluang-peluang yang ada di universiti ini. Sayatelah menyusun ciri-ciri ini daripada yang paling teruk kepada yang paling bagus.


Anda seorang pelajar yang tidak menyertai mana-mana aktiviti pelajar dan hanya hidup untuk study aje

Korang rasa setakat ilmu yang korang kumpul daripada kelas dan lecturer mencukupi untuk korang jadi kaya dan sesuai untuk naik pangkat? Sedangkan dalam kelas korang ada beberapa puluh pelajar lain yang belajar benda yang sama yang diajar lecturer. Apa yang membuatkan korang begitu spesel untuk dipilih naik pangkat? Sekurang-kuranngnya kalau korang pernah memimpin pelajar dalam sesuatu aktiviti dapat memberikan korang sedikit pengalaman untuk digunakan apabila korang perlu memimpin di dalam kerjaya korang kelak.


Anda seorang pelajar kumpul merit untuk 'stay college'

Korang duduk kat kolej paling lama pun 4 tahun, selepas 4 tahun tak payah pun kumpul merit lagi. Apalah gunanya buat benda yang kesannya hanya relevan bagi korang 4 tahun aje. Jangan join aktiviti sampah-sampah tu semata-mata untuk merit. Tak kisah kumpul merit tapi join la aktiviti yang relevan dan menyumbang kepada pembangunan kendiri. Sekecil-kecil Kelas tambahan bahasa inggeris pun boleh jugak, ada jugak kegunaannya.


Anda seorang Pelajar yang kumpul sijil

Sijil yang korang kumpul tu laku sangat ke kat pasaran kerja? Diorang tak kisah korang ada sijil pasal korang buat benda kecil2. Sijil AJK makan majlis XXX, ko agak majikan ko kisah ke? Aku rasa takde la, setakat sijil yang korang kejar2 kat kolej tak payah la. Sijil universiti pun tak gerenti jugak. Lagi baik korang cari sijil-sijil profesional kat luar sana, sijil penggunaan profesional Microsoft Office ke. Sekurangnya-kurangnya dapat jgk korang tunjukkan korang betul2 mahir guna microsoft office dan bukan setakat mahir copypaste aje.


Anda seorang pelajar yang nak pangkat untuk mencantikkan resume

Bila korang terkejar-kejar pangkat, korang mesti pastikan korang boleh memenuhi segala ekspektasi dan juga membawa kemajuan kepada aktiviti korang itu. Sebab apabila korang masukkan pangkat korang dalam resume, korang kena bersedia untuk disoal oleh penemuduga menegenai kemajuan dan pengalaman korang memegang jawatan tersebut. Jangan budget korang boleh goreng jawapan, sebab diorang nih profesional dan boleh melihat sama ada korang reka cerita atau tidak.


Anda seorang pelajar yang nak pangkat tetapi bangga dan gila kuasa dengannya atau hanya nak popular

Setakat kolej tak payah la bangga sangat. Jangan salah faham, posisi lagi kecil dari presiden sekretariat pun boleh memberi sumbangan. Kerana bagi aku, yang menentukan samaada korang telah membazikran zaman universiti korang atau tidak adalah pengalaman dan ilmu yang korang dapat. Kalau korang ajk publisiti dan telah belajar cara-cara buat poster dan wayang pembukaan majlis,aku rasa itu sangat bagus jika dibandingkan dengan seseorang presiden sekretariat yang tak buat apa-apa dalam sekretariat. Saya merujuk kepada presiden yang bangga-bangga dan gila kuasa saja la, yang tak berpenrangai macam tuh, baguslah.


Anda seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti yang tak menyumbang kepada kerjaya di masa hadapan

Anda aktif dalam kokurikulum tetapi terlalu aktif dalam aktiviti yang tidak menyumbang kepada kerjaya anda. Contohnya, korang pelajar kejuruteraan tetapi rajin sangat aktiviti seni atau sukan. Baguslah aktiviti seni, tapi jangan lupa untuk laburkan masa kepada perkara yang membantu di dalam kerjaya seperti kepimpinan dan pengurusan dan dsb. Orang-orang seni dan sukan janganlah marah, saya letak ciri-ciri ini dibawah sekali, maksudnya ciri ini adalah yang paling bagus dianatara yang sebelum-sebelumnya. Tak lah teruk sangat. Aku pun ada minat dan hobi sendiri. Melainkan korang nak keluar jurusan korang dan betul-betul nak jadi orang seni/sukan secara profesional, janganlah lupa untuk kerjaya masa depan korang.


Anda seorang pelajar dan juga usahawan hotdog/dadih dan MLM

Kalau korang memang memerlukan duit tuh untuk hidup, takperla. Tapi nak duit untuk beli hanpon mahal dan kereta suapaya nak tunjuk2 orang tak payah la. Mak Bapak kita hantar kita ke uni untuk belajar. Zaman di unversiti adalah untuk mencari ilmu, join sekretariat keusahawan pun boleh dapat ilmu kalau korang nak sangat jadi usahawan. Pastikan disana benda yang korang belajar tuh btul2 keusahawanan la. Klik sini untuk lihat definisi keusahawanan aku. Bukannya apa, usaha dan kederat menjual dadih dan hotdog tidak berbaloi dengan masa yang korang gunakan, masa yang korang sepatutnya study dsb. MLM pun sama gak, memang la dapat duit, siapa taknak duit tetapi kalau nak belajar keusahawanan sebenar, kenala belajar semua aspek keusahawanan dari pemasaran, logistik, operasi kepada pengurusan sumbr manusia. Nak memberi sumbangan dalam sekretariat atau group assignment pun susah, budget bila jadi usahawan boleh cemerlang?

Yang penting, apa-apa benda pun korang nak buat mestilah memberi pengalaman dan ilmu yang positif. Benda yang paling berharga yang ada pada seorang pelajar ialah masa. Kita muda dan mentah, carilah ilmu. Ilmu yang betul.

“Intelligence plus character - that is the goal of true education”
Martin Luther King, Jr.

8 comments:

  1. aduh...u kena banyak orang tepat tepat pada kepala la..
    sure sakit like hell..
    but well put..thankfully i not those ppl ..
    phew..
    so i should be categorised as
    Ciri-ciri pelajar yg tidak membazirkan zaman uni mereka
    :)

    ReplyDelete
  2. You forgot about the ones who don't even go to class.

    ReplyDelete
  3. I want to add:

    Anda yang terlaluaktif kokurikulum sehingga tak pergi kelas...

    but then i would be talking aboiut myself... lol

    ReplyDelete
  4. yup..dats rite..jgn gile kuase..xkemana pun kalu gile pangkat..hidup kat U ni kene balance br la hepi..tp camne kite nk mencorakkan hari kite perlulah pandai memilih "warna" yg sesuai ngan diri kita...thnx 4 da input..i'm enjoy reading ur blog..:-)

    ReplyDelete
  5. aku tak sampai u ... huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. komen aku...
    semua yang ko tulis tu ..semuanya memberi satu pengalaman masa study...
    bagi aku tak salah kalo seseorang itu nak buat apa pun..jual hotdog ke..gila kuasa ker..kaki rempit ker...bawak cikaro ker...kerana dari pengalaman itu la korang akan belajar...tp yang penting..segala benda bangang2 yang korang buat tak menjejaskan cgpa korang...
    tapi kalo buat benda2 bangang mcm tu..cgpa mcm sial...memang lakhanat ler namanyer....

    bagi aku yang dah di alam kerjaya ni..
    apa yang aku nampak...selain korang kena jaga cgpa..korang kena lengkapkan diri korang dengan kemahiran dan ilmu ICT...kerana dunia sekarang dunia ICT..bukan setakat pandai buat blog dan bukak facebook jer...
    lagi satu pengalamam dalam kepimpinan juga penting kerana ianya membina keyakinan diri....

    dalam kampeni yang aku keja ni...20 jurutera yang nak..tp yang mohon lebih 500 orang...lebih separuh pulak cgpa jenis dekan2 sajer...
    bayangkan lah...
    nasib baik aku sebab dah lahir dulu dari korang....

    ReplyDelete
  7. tak pi kelas ok apa..

    hahahaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin