Wednesday, May 20, 2009

Membezakan Yang Bijak Berkata-kata & Yang Sememangnya Bijak

Aku pasti dalam setiap MTM pasti ada kes orang mengata ada seorang pemimpin ni pandai bercakap tapi tak pandai buat kerja. Cakap jer lebih. Aku tak hairan kalau ada orang kata diorang hanya boleh menang dalam pertandingan debat,kat luar, hancur. Rugi jer lantik diorang. Tapi salah kita gak, kita yang membenarkan mereka mengambil-alih pucuk pimpinan pelajar. Kalau kita tahu diorang macam tu, janganlah undi diorang. Tetapi...mana la kita tau seseorang tu perangainya macam mana. Oleh itu, hari ini saya nak berkongsi kaedah saya membezakan orang yang bijak berkata-kata dan yang sememangnya bijak.

Langkah pertama dalam membezakan dua jenis manusia ini adalah melalui hujah-hujah mereka. Hujah-hujah mereka boleh dilihat melalui blog, sebarang ucapan yang mereka telah lakukan, majalah/surat khabar dan sebagainya. Kalau mereka tak buat benda-benda ni, dah pasti 100% mereka ini hanya tahu cakap saja. Analisa hujah-hujah mereka untuk 3 ciri-ciri yang berikut:

Praktikal dan Spesifik

Perhatikan rencana di bawah:
Ahli Politik A
“Semenjak kita mengecap kemerdekaan dari penjajahan Inggeris, hasrat terus membara untuk melihat Bahasa Melayu berada di persada serta berupaya menjadi bahasa pengucapan ilmu. Namun demikian hasrat dan cita-cita murni itu dikhianati oleh pemimpin **** sendiri. Ini ketara sekali dengan kedegilan mereka yang meneruskan Dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI).”

Kalau kita perhatikan rencan ahli politik A, tiada hujah kenapa PPSMI perlu ditentang, tiada cadangangan malah tiada fakta telah diletakkan. Senang cakap, ayat bombastik tapi takde isi. Tin Kosong. Ahli poltiki banyak macam ini. Aku pasti korang dapat tahu parti mana ahli politik ni, aku bukan kata semua orang parti nih perangai sama. Lagipun dalam parti yang lagi satu pun, ada gak yang perangai macam ni. Kalau korang nak, aku tunjukkan rencana ‘tin kosong’ dari parti berlawanan dengan parti ahli politik A. Cuba baca blog Tun Mahathir. Siap kasi bentuk point, mudah untuk difahami, penuh dengan fakta baru, siap translate dwi-bahasa untuk artikel pasal krisis ekonomi dunia. “Semenjak kita mengecap kemerdekaan dari penjajahan Inggeris, hasrat terus membara untuk melihat Bahasa Melayu berada di persada serta berupaya menjadi bahasa pengucapan ilmu....”...duh...aku dah tahu benda tu...straight to the point la...jangan bazir masa aku. Budak-budak yang selalu masuk debat selalu buat macam ini. Hari tu, lecturer suruh bincang ala2 debat pasal keberkesanan GLC. Sorang minah ni dengan penuh gaya pendebat keluarkan hujah siap dengan intro masyuk lagi tuh. Aku bangun, perkenalkan diri cara selekeh dan slumber tapi kasi baek punya isi....terus terdiam dier. Isi penting beb, gaya je lebih, takyah layan ar.

Tiada Emosi

Ada ahli politik tidak kira parti, pandai mencetuskan emosi dikalangan pengikut. Kalau korang ada nampak orang baring ats jalan halang kereta sultan, menjerit-jerit tepi jalan atau melaung-laung slogan, kemungkinan besar ia didahului oleh ucapan dari seorang pemimpin yang berkarisma. Karisma adalah bagus tetapi takde kaitan dengan kebijaksanaan yang kita tengah bincangkan. Masa isu minyak tahun lepas, mati2 sorang kawan ni nak aku support die punya pemimpin supaya isu itu dapat diselesaikan. Bila aku mintak penjelasan, dia kata dia tak dapat nak terangkan (sebab dia tak faham). Kalau ko sendiri tak paham, macammana ko boleh setuju akan kebenaran yang disampaikan pemimpin tu? Aku tak kata pemimpin tuh salah, tetapi menganggapnya sebagai kebenaran hanya kerana pemimpin tu pandai gaya cakapnya dan bersemangat/berkarisma adalah sesuatu yang amat bahaya. Sesiapa saja boleh membentuk kemahiran2 berdebat ini termasuk musuh kami, tetapi kebenaran sukar diolah jika dilihat secara objektif. Senang cakap, lagi banyak seseorang memasukkan elemen ‘menyemarakkan emosi/semangat’ lagi kurang bijak dier, lagi objektif/rasional hujah sesorang itu maka bijaklah orang itu. Lagipun, kalau seseorang itu memang benar maka dia tidak perlu karisma untuk mendapat sokongan, betul tak?

Fokus Hujah-Hujah Tersebut

“Great minds discuss ideas, mediocre minds discuss events, small minds discuss personalities.–Eleanor Roosevelt”

Orang bijak akan bincangkan konsep, hukum-hakam dan idea. Contohnya, hukum fizik, konsep-konsep falsafah dan sebagainya. Orang sederhana membincangkan kejadian seperti pilihanraya, krisis ekonomi dan sebagainya Tetapi minda yang kecil membincangkan manusia, individu seperti bergosip, mengumpat, tergila-gila akan akademi fantasia, mengumpat pemimpin negara dan sebagainya. Daripada penerangan ini kita dapat mengenalpasti manusia manakah yang hanya bijak berkata-kata. Hanya perlu analisa kepada apakah hujah itu ditujukan. Contohnya, ada surat khabar politik yang asyik kutuk individu2 dari parti berlawanan, tu minda yang kecil tu. Bukannye nak menegur berlandaskan idea-idea atau konsep tertentu. Lagi banyak mengutuk dan memfitnah orang, lagi kecil mindanya.

Cara Menangani Tentangan Atau Komen Negatif
Orang yang pandai berkata-kata akan sentiasa cuba cari jalan supaya apa yang dia cakap akan menunjukaan dia betul. Tetapi orang yang bijak akan mengakui kelemahan di dalam analaisanya tetapi pada masa yang mengeluarkan hujah-hujah yang menyokong kenyataan asalnya. Dan akhirnya membiarkan keputusan kepada para pendengar. Sudah tentu dia sudah tetap dengan pendiriannya tapi dia memebrikan maklumat sebanyak mungkin supaya para pendengarnya dapat membuat kesimpulan sendiri.

Lagi satu, lagi sedikit tentangan atau komen diberikan kepada seseorang maka lagi 'bijak berkata-kata' orang tersebut. Memikirkan jawapan kepada komen-komen adalah meletihkan, oleh itu, mereka ini memang malas untuk melayannya. Akhirnya mereka akan mengurangkan atau menapis komen-komen negatif. Tetapi orang-orang yang sememangnya bijak tidak kisah akan komen negatif, kerana mereka mahukan perbincangan terbuka dan menganggapnya suatu keperluan supaya kita berfikir dan menggunakan otak masing-masing. Orang yang bijak berkata-kata hanya mahu menjaga imej sahaja.

Harapnya, selepas membaca artikel ini. Korang akan lebih bijak memilih pemimpin ataupun kawan korang. Aku berpendapat ada banyak orang yang bijak di Malaysia tetapi potensi mereka disekat oleh sampah-sampah masyarkat yang suka berpolitikus dan mengampu di depan bos maka yang bijak pandai diketepikan dan Mlaysia kekal mundur. Anda boleh mengubahnya dengan menolong mereka-merka yang bijak ini dan ‘mengajar’ para sampah-sampah ini. Ada teknik tersendiri membezakan dua goloangan ini? Komenkan di bawah. Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. Artikel yang menarik.

    Akan terbitkan semula di http://mylivingwall.com dan paut kembali ke blog saudara.

    All the best!

    mylivingwall.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...asalkan ada link balik ke sini, dan disebut siapa penulisnya atau mana asalnya artikel ni takpe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin