Wednesday, May 27, 2009

Panduan Memilih Persatuan/Kelab Di Universiti

Berikut merupakan soalan-soalan yang anda perlu tanya untuk menilai sesebuah kelab tersebut. Berdasarkan jawapan yang diberi, panduan ini akan memberi analisa dan cadangan sama ada kelab ini patut anda sertai atau tidak.

Aktiviti

Apakah aktiviti yang dijalankan di dalam persatuan/kelab ini?

Jika jawapan yang diberi adalah, “Macam-macam kita buat...” maka kelab ini bukanlah sebuah kelab yang bagus. Jawapan sedemikian menunjukkan ahli kelab tersebut tidak mengetahui apakah ciri-ciri menarik yang ada pada kelab tersebut berbanding kelab lain. Ini menunjukkan kepimpinan dan kemahiran pemikiran yang lemah. Jawapan ini juga menunjukkan kelab ini, tidak ada aktiviti yang berbaloi untuk diceritakan kepada anda.

Apakah aktiviti apakah yang dilakukan yang lebih besar daripada makan malam rasmi?

Jika tiada jawapan jelas yang diberi maksudnya persatuan/kelab ini tidak aktif atau berani melakukan aktiviti besar. Mereka ini akan buat beberapa aktiviti-aktiviti kecial dan membuang masa kerana terpaksa ataupun hanya untuk menampakkan kelab itu ada aktiviti.

Jika jawapan adalah “...kami ada kem dan...”, sila tanya samada kem tersebit dijalankan oleh pelajar sendiri atau orang luar. Jika jawapan kepada soalan tersebut menunjukkan segalanya mengenai kem dilakukan oleh orang luar dan ahli kelab hanya perlu datang sahaja, maka kelab tersebut akan menyertai pelbagai kem tetapi tidak mempelajari daripadanya dan tidak mampu menjalankan aktiviti atau projek tanpa bantuan orang lain. Anda akan lihat banyak pelajar menyertai pelbagai kem yang penuh permainan ‘kepimpinan’ tetapi tidak mampu diaplikasikan dalam hidup, kerjaya atau sebarang projek pelajar.

Senarai Kerja

Apakah perkara yang saya boleh pelajari daripada kelab/persatuan ini, dan bagaimana?

Jika jawpan yang diberi adalah spesifik seperti kemahiran memanjat gunung, ilmu silat dan sebgainya bagus. Anda boleh menyertainya jika berminat. Tetapi jikalau jawapannya adalan “kepimpinan, pengurusan dan keusahwanan” silalah berhato-hati dan tanya lebih lanjut. Tiga istilah ini selalu disalahgunakan. Tanya bagaimana anda dapat mempelajari kepimpinan, pengurusan dan keusahwanan didalam kelab ini. “Melalui pengalaman dikumpul melalui kem, aktiviti dan sebagainya...” jika jawapan sedemikian diberikan, rujuk kembali kepada aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Ia adalah suatu indikasi yang bagus akan kebenaran yang dikatan akan kelab tersebut. Jika anda berpendapat aktiviti kelab tersebut tidak bagus. Maka, kelab in boleh anda lupakan.

Apakah tugas-tugas atau tanggungjawab saya setelah menyertai kelab/persatuan tersebut?

Jikalau anda akan diberikan tugas-tugas remeh-temeh seperti menghias pentas, menguruskan projektor, ajk protokol, anda tak perlulah buat, bazir masa. Tetapi jikalau tugas tersebut memberi anda peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru maka ambillah peluang tersebut. Contohnya, menjadi ajk multimedia dimana anda akan diajar oleh senior untuk membuat poster atau video promosi dengan menggunakan perisian komputer. Untuk pengetahuan anda, tidak semua persatuan akan mempunyai senior untk mengajar anda. Oleh, itu berhati-hati.

Sebaiknya, sebuah kelab akan melatih anda menjadi seorang fasilitator (menjalankan aktiviti pembelajaran atau kem), pengurus (bijak menguruskan masa, ahli di dalam sesuatu projek), ataupun pakar didalam sesuatu kemahiran tambahan (kemahiran membuat poster atau video promosi).

Gunakanlah panduan ini supaya anda tidak akan tertipu akan godaan beberapa kelab/persatuan yang mempergunakan masa dan kederat anda untuk tujuan meng’glamor’kan kelab tersebut tetapi anda tidak mempelajari sebarang ilmu yang baru. Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin