Wednesday, June 10, 2009

Kebijaksanaan dan perwatakan - itulah matlamat sebenar pendidikan

“Intelligence plus character - that is the goal of true education”
Martin Luther King, Jr.


Tajuk artikel saya kali ini dipetik dan dialih bahasakan daripada seorang tokoh aktivis pergerakan hak awam warga amerika-afrika. Dan saya ingin berkongsi betapa signikan ayat-ayat yang baru disebut tadi kepada pelajar-pelajar.

Kebijaksanaan. Bukan ilmu. Bukan Sijil atau Degree. Bukan maklumat atau kemahiran. Dia kata kebijksanaan. Apa yang mahu disampaikan adalah di dalam hidup terdapat pelbagai cabaran. Dan tidak semua perkara boleh diselsaikan dengan merujuk buku teks bidang pengajian anda. Anda perlu MENGAPLIKASIKAN apa yang anda pelajari di dalam pelbagai situsai yang anda mungkin hadapi. Kalau kamu jadi ulat buku, tidak menyertai sebarang aktiviti kokurikulum, anda akan mempunyai pengalaman yang terbatas, pemikiran yang sempit yakni tidak mampu berfikir di luar batasan situasi yang diluar kebiasaan anda. Pernah tak, ada seseorang tanya mengenai sesuatu yang berkaitan dengan bidang anda tetapi anda tidak dapat jawab kerana soalan tersebut tidak ada dalam skop pembelajaran atau buku teks? Ini adalah contoh mudah dimana anda berhadapan keadaan yang anda tidak dugai. Kenapa tak dapat jawab? Kerana anda mengejar maklumat semata-mata, nak lulus periksa dan bukannnya kebijaksaan. Kebijaksanaan adalah keupayaan memproses ilmu dan maklumat yang ana kumpul, menganalisanya dan akhirnya mengeluarkan pendapat atau penyelesaian yang bermanfaat.

Perwatakan. Adakah setelah menghabiskan pengajian di universiti, adakah perwatakan anda lebih mulia? Kalau tidak, anda patut rasa malu. Tetapi saya faham mungkin diantara kamu pernah terperangkap dalam buday 'over-politicking' di kampus. Dan akibatnya, anda tidak percaya akan kelakuan ber'etika' dan moral dikalangan ahlinya. Walaupun begitu, pembentukan akhlak mulia, perwatakan dan pembentukan sikap positif adalh amat penting.

"To educate in mind and not in morals creates a menace in society" Theodore Roosevelt

Mendidik kepada minda dan bukan kepada sifat-sifat moral, membentuk kekacauan di dalam masyarakat. Itulah maksudnya. Cuba lihat Malaysia. Saya pasti semua pekerja-pekerja yang berjawatan tinngi, tidak kira didalam bidang apa, adalah berpendidikan tinggi. Namun begitu, kita dapat lihat beberapa kes rasuah telah dilaporkan mengenai golongan ini. Saya rasa saya tidak perlu menceritakan bagaiman sistem kewangan/pelaburan barat yang telah membawa kepada krisis ekonomi global yang lepas. Dimana sistem tersebut menjadi terlalu kompleks. Dibentuk oleh pakar-pakar kewangan. Akhirnya, dieksploitasi pakar-pakar kewangan itu tadi. Sekian, Terima Kasih.





8 comments:

  1. Kesimpulannya..praktikal di universiti dan perwatakan baik adalah penting untuk pelajar...bangsa dan negara...

    ReplyDelete
  2. ...dan, apabila kita bincangkan pasal pendidikan. Samada keperluan lulus dalam Bahasa Inggeris, pelaksanaan PPSMI maka kita perlu rujuk balik. Apa sebabnya kita belajar?

    ReplyDelete
  3. Furydose

    Adakah anda setuju dgn dasar PPSMI dengan keperluan untuk lulus BI dlm SPM?..

    ReplyDelete
  4. Saya setuju sepenuhnya dengan PPSMI dan syarat lulus bahasa inggeris untuk SPM.

    http://beyonduni.blogspot.com/2009/02/bahasa-melayu-atau-bahasa-inggeris.html

    Artikel saya ni tak berapa berkualiti, tapi bacalah dan komen. Mungkin saya akan bincangkan lagi pasal isu nih...

    ReplyDelete
  5. I think that education of English must be reinforced into our system without neglecting Malay as our national language as well. We cannot deny the widespread of globalization and influence of the West. This is inevitable albeit there's some minorities oppose that it will challenge the status of national language. But, u can't escape from it. Just my 2 cent.

    ReplyDelete
  6. I think that education of English must be reinforced into our system without neglecting Malay as our national language as well. We cannot deny the widespread of globalization and influence of the West. This is inevitable albeit there's some minorities oppose that it will challenge the status of national language. But, u can't escape from it. Just my 2 cent.

    ReplyDelete
  7. Bagi sy artikel awk bagus dan banyak ke arah hakikat sebenar dunia pelajar..bukan sekadar bahan bacaan yang banyak bercerita ttg kebaikan pelajar,subjek itu dan ini, padahal hakikatnya jauh sekali dari kebenaran..

    Teruskan furydose..betulkan apa yg anda rasakan tidak adil dalam dunia pelajar..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih,

    Sokongan anda amat dihargai...

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin