Saturday, June 27, 2009

Kemahiran komunikasi dan pembentangan lemah?

Didalam hidup seseorang mahasiswa akan pasti sekurang-kurangnya sekali dalam zaman universitinya akan tiba masanya untuk mahasiswa tersebut membentangkan sesuatu topik di dalam kelas dihadapan rakan-rakan sekelasnya. Oleh, itu hari ini saya akan kongsikan beberapa mentaliti yang pelajar ada yang menyebabkan pembentangan mereka lemah serta cadangan mengatasinya.

Orang itu begitu pandai dan berkarisma...saya tak boleh...
Orang itu, orang itu la. Pemikiran macam tu tak membantu kamu. Kamu tak boleh buat, bukan sebab takde karisma atau apa. Sebab korang tidak berani mencabar diri dan keluar dari 'zon selesa' korang. Taknak mencabar diri dengan menggunakan pelbagai alasan untuk sentiasa kekal melakukan perkara yang ko dah biasa buat. Ingat, semua orang kenat buat pembentangan dan ko tak terkecuali, lagi tinggi ko pergi dalam dunia, lagi penting kemahiran komunikasi. Buang mentaliti sedemikian, dan berinisiatif untuk memperbaiki kemahiran ini dengan membaca atau memerhati orang lain.

Saya takut orang gelak saya...
Pergi mamposla dengan orang nak gelak. Selalu sangat saya tengok mahasiswa gementar tak tentu pasal. Ubah pemikiran bahawa di universiti MEMANGLAH tempat kamu untuk lakukan kesilapan dan bukannya apabila di dunia kerjaya kelak, jangan takut untuk melakukan kesalahan, ambil sebagai pengalaman. Jangan guna alasan bidang kamu tak perlu latih benda nih, jangan tipu diri sendiri.

Kena hafal isi pembentangan, kalau tidak tak jadi...
Salah. Ko dah pulak gementar, takut terbuat salah, otak ko sure hang punyalah. Jangan Hafal Faham. Kalau aku tanya korang sekarang, "Cerita sedikit pasal sejarah pendidikan korang dari tadika sampai uni?" Aku pasti korang boleh jawab. Sebab korang dah tahu dalam hati, petik jari dapat cari balik maklumat yang aku tanya. Itulah menunjukkan ko sudah 'faham'. Kalau ko kena rujuk balik nota, maksudnya ko tak faham, ko hafal. Ye la, korangkan ulat buku, selama ni belajar untuk dapat A semata-mata dan tidak faham kepentingan ilmu tu dalam hidup. Aku cadangkan, korang letakkan kata kunci di atas nota-nota kecil. Kalau ko tak mampu nak mengembangkan isi dari kata kunci tuh, memang sah ko menghafal dan tak memahami kandungan, baca lagi. Bila aku kata baca, maksudnya baca balik sebagai persediaan bukan bila masa ko buat pembentungan ko baca bulat-bulat dari slide atau nota. Ish...budak zaman sekarang...

Tatabahasa kena betul....
Banyak dari korang, bila nak membentang dalam bahasa inggeris akan gila-gila hafal seluruh pembentangan, last-last sekali, korang baca dari nota atau slide bulat-bulat. Aku dah kata jangan hafal, bila present, sure kepala jam punya lah. Grammar inggeris korang tak perlu tepat, ko agak rakan-rakan korang dapat kesan kesilapan ko, kalo kesan pun diorang tak kisah ar beb. Yang paling penting isi, dan kemampuan ko menyampaikannya. Grammar boleh berterabur tapi kalo penonton ko dapat faham, tahniah. Oleh itu rujuk balik perenggan sebelumnya, faham isi dan jangan hafal.

Bahasa Badan...
atau 'body language'. Semasa pembentangan, jangan memeluk diri sendiri, ia adalah suatu 'defensive posture'. Jangan asyik memegang tangan sendiri, tanda ko sedang cuba meyedapkan hati sendiri, tiada keyakinan. Jangan bermain-main dengan kad matrik atau apa-apa barang, tanda ko sedang gementar. Semua benda ni boleh belajar dan latih. Pergilah kedai buku, ada macam-macam buku pasal topik ni, siap ada buku penuh dengan alasan-alasan yang korang boleh guna jika ada masalah semasa pembentangan atau sesi soal jawab. Yang korang sume tengok kat TV semuanye belajar dan berlatih dengan profesional dalam bidang komunikasi dan pembahasan. Tak banyak pasal bakat.

Tak tahu macam mana nak berlatih...takde keyakinan...
Ko nak berjaya ke tak? Nak perbaiki, samada ko hilangkan perasaan malu, atau tingkatkan keberanian korang. Aku dulu, aku hikangkan perasaan malu. Aku tak kisah kalau aku tersilap, asalkan aku belajar. Kalau harga diri korang tinggi sangat, berlatih sorang-sorang depan cermin. Tapi jangan henti kat situ. Join aktiviti-aktiviti yang memerlukan ko di depan orang ramai. Ingat dalam soal melatih diri, kuantiti adalah penting.

Akhir sekali saya nak katakan semua benda dalam hidup boleh dipelajari...
Kalau orang boleh fikir dan latih macam mana nak siap pergi kerja selepas bangun pagi dalam 5 minit. Mesti korang boleh belajar benda komunikasi nih, korang hanya perlu tukar mindset korang serta pemikiran korang tehadapap cabaran-cabaran yang korang perlu lalui dalam hidup. Bakat tidak relevan, kalau relevan pun...apa yang korang boleh buat? Itu ketentuan illahi, tapi niat dan usaha adalah dalam kuasa setiap manusia.

PS: aku ada jumpa laman web alih bahasa inggeris ke melayu yang agak bagus...bacalah

4 comments:

  1. hello,
    pesanan:
    jangan fikir dan cakap apa yang kita tak mahu!!
    FIKIR DAN CAKAP APA YANG DIKEHENDAKI.
    salam

    ReplyDelete
  2. Boleh beri penerangan yang lebih terperinci? Tidak berapa faham...

    "jangan fikir dan cakap apa yang kita tak mahu!!",Jika anda maksudkan saya patut berikan langkah2 penyelesaian untuk memperbaiki kemahiran perbentangan, baiklah.

    Tetapi, kebanyakan dari kita tidak tahu apa yang 'dikehendaki'. Tetapi sekurangnya-kurang apa yang tidak 'dikehendaki'.

    Contohnya, saya mungkin tidak dapat bayangkan ciri-ciri rumah idaman saya, oleh itu, saya tidak dapat menerangkan kepada arkitek saya bentuk rumah tersebut.

    Tetapi saya amat pasti apakah ciri-ciri rumah yang saya TAK NAK. Saya boleh katakan saya tidak mahu rumah empat tingkat, rumah berciri barat dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, arkitek tadi tahu apa yang perlu dielakkan semasa melukis rumah idaman saya.

    Sama dengan artikel saya yang diatas. Saya memang tak mampu bagaimana hendak mengajar cara-cara untuk menjadikan pembentangan sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya dapat perhatikan beberapa kesilan yang rakan-rakan saya selalu lakukan. Dan saya kongsi pendapat itu dengan pembaca saya semua.

    Saya jalankan blog ini supaya pelajar-pelajar dapat berbincang dan bertukar pendapat. Saya harapkan sebarang komen akan datang adalah dipenuhi dengan penerangan lengkap ataupun pendapat masing-masing akan topik yang dibincangkan.

    Sekian, terima kasih. Datang lagi.

    ReplyDelete
  3. Kebenaran itu menyakitkan dan semua orang mahu
    "Jangan fikir dan cakap apa yang kita tak mahu!!
    FIKIR DAN CAKAP APA YANG DIKEHENDAKI." tetapi...

    jika kita terus menafikan keadaan, kita tidak mengenalpasti kelemahan dan seterusnya tidak dapat memajukan diri...

    this is the ugly truth...

    ReplyDelete
  4. huhu...thanx atleast dpt gak ilmu...bila msuk je website ni...yelah pljr U kan takut nak buat presentation ni..tp hasil usaha sendiri insyaallah..sy boleh jadi sorang yg tidak gentar untuk membentangkan sstu di dpn org ramai....harap2 sy boleh jadi berani!!!chaiyok3

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin