Friday, June 12, 2009

Persepsi pelajar terhadap MTP/MPP

Pada suatu hari, MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) telah mengadakan ‘Majlis Ramah Mesra MPP’. Didalam majlis tersebut peserta-peserta dibenarkan untuk mengajukan beberapa soalan kepada ahli-ahli MPP. Salah-satu soalan yang diajukan adalah berkenaan persepsi pelajar terhadap MPP. Rasanya, mahasisiwi yang mengutarakan isu tersebut ingin menyampaikan bahawa pelajar-pelajar sudah tidak lagi percaya akan keberkesanan MPP melaksanakan tanggungjawabnya. Jawapan yang diberikan adalah berbunyi lebih kurang bahawa persepsi tidak boleh dinilai atau di ukur kerana ia bersifat dalaman, ia berada di dalam hati dan minda. Lebih kurang macam itulah. Saya tidak bersetuju. Didalam kursus Penyelidikan Pemasaran MGM4264, saya mempelajari perspesi boleh diukur, ditentukan. Sekurang-kurangnya ia boleh dianalisa dan dibentukkan suatu kesimpulan yang mungkin dapat membantu MPP. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk membuat kajian saya sendiri ke atas isu ini. Tajuk kajian ini adalah “Persepsi Pelajar Terhadap MTP/MPP” Bagi yang tidak mengetahui, MTP bermaksud Majlis Tertinggi Pelajar, adakalanya disebut MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa). MTP selalunya badan perwakilan pelajar di kolej-kolej kediaman. MPP pula bermaksud Majlis Perwakilan Pelajar, yang mewakili pelajar di peringkat universiti.

Kelemahan

Kajian saya ini mempunyai banyak kelemahan. Kalau pensyarah MGM4264 melihat kajian ini, saya pasti markah ujian saya untuk kursus tersebut akan dinilai semula dengan gred yang lebih rendah. Soal selidik dijalankan melalui internet menggunakan Google survey form. Anda boleh melihat keputusan kajian didalam bentuk asalnya di sini. Saya pasti persampelan yang saya gunakan akan menyebabkan keputusan kajian ini dipersoalkan. Akan pasti ada individu yang mempersoalkan kajian ini dari pelbagai segi. Nanti keluarlah istilah-istilah seperti question bias, central tendancy bias, double barreled question dan sebagainya. Saya harap para pembaca dapat melihat kajian saya dengan minda yang terbuka, dan membuat kesimpulan sendiri. Jangan pula, berdebat dengan saya akan metodologi yang telah saya gunakan. Saya akan pasti kalah. Sebaliknya, sila beri komen akan analisa atau soalan-soalan saya supaya kajian ini dapat diperbaiki. Anda boleh meninggalkan komen anda di blog saya. Saya mahukan kajian seperti ini dilakukan setiap tahun. Tidak kira ia dilakukan saya ataupun persatuan pelajar yang berminat. Jika anda berminat membantu saya dalam inisiatif berkenaan, anda boleh hubungi saya di sini.

Objektif


Sebenarnya, saya ingin menguji beberapa teori saya mengenai hubungan diantara pelajar biasa dan MPP/MTP. Teori saya ini akan saya kongsikan bersama dengan keputusan soalan-soalan yang ditanya dalam kajian saya. Saya tegaskan bahawa apa yang akan disebut adalah pendapat saya sahaja dan keputusan yang dikumpul tidak boleh digunakan sebagai bukti untuk dijadikan fakta atau sebaliknya. Sebaik-baiknya, kajian ini dapat memberi sedikit pendedahan dan penjelasan akan masalah yang dihadapi pelajar.

Tidak ada apa-apa ang perlu disebut. Rasanya, ada laman web UPM yang menunjukkan statsitik yang lebih tepat mengenai peratusan menguni dikalangan pelajar. Malah, dikategorikan mengikut fakulti dan kolej. Cari sendirilah, kalau berminat. Anda boleh membaca suatu artikel saya mengenai pendapat saya berkenaan pilihan raya di universiti.

Saya rasa isu mengenai ketelusan pilihanraya tidak akan henti diperdebatkan. Pendapat saya? Saya tidak percaya akan sistem e-undi. Saya tidak terima pelaksanaanya di pilihanraya umum. Tetapi memandangkan ini hanyalah pilihanraya kampus, maka saya sanggup menerimanya.

66% responden mengatakan pilihanraya adalah suatu yang tidak relevan dengan diri mereka, sedangkan peratus yang mengundi adalah tinggi. Mereka pergi mengundi kenapa? Sebab dipaksa dan disuruh. Bukankah pilihanraya suatu proses demokrasi. Bukankah Demokrasi adalah untuk memastikan kepentingan masyarakat bersama? Adakah para pelajar ini tidak mahu kepentingan mereka dijaga?

Melalui artikel mengenai pengalaman pilihan raya saya, saya mempersoalkan kenapa perlu dilarang calon-calon daripada berkempen. Supaya tidak mengganggu pelajaran? Macam itu, bagaimana saya nak tahu siapa yang patut saya undi? Kalau tidak mahu menganggu pembelajaran pelajar lebih baik tidak dibuat pilihanraya kampus. Soalan yang sebelumnya menunjukkan pelajar mengangap pilihanraya kampus tidak relevan bagi mereka.

75% responden mengatakan calon-calon yang telah mereka pilih tidak membawa kebaikan kepada mereka. Pernah dengar rakan-rakan anda mengutuk seorang pemimpin pelajar bahawa sebelum pilihan raya nampak muka, selepas pilihanraya, batang hidung pun tak namapak? Perlu saya terangkan lebih lanjut? Fikir-fikirlah sendiri kenapa. Tapi ingat, adakah ia suatu fenomena yang menghairankan dimana pelajar tidak menganggap pilihanraya adalah relevan jika calon-calon yang mereka pilih tidak membawa ebarang kebaikan kepada mereka?

Demokrasi adalah suatu proses, suatu pemikiran, suatu falsafah. Mengadakan pilihanraya tidak bermaksud demokrasi telah dicapai. Polisi dan mekanisme perlu mencerminkan ideologi demokrasi. Tanya diri anda, adakah MPP dan MTP mempunyai saluran yang berkesan untuk menyampaikan masalah-masalah pelajar kepada pihak pentadbiran? Sebagai pelajar biasa, saya tidak arif akan hal ini tetapi kepada yang sudi, boleh dikongsi bersama jawapan kepada persoalan-persoalan ini.

Beberapa hari selepas pilihanraya kampus UPM, saya telah membaca KOSMO! Dan di dalamnya terdapat artikel mengenai kemengangan yang diperolehi Pro-universiti atau Aspirasi, dah lupa dah. Tak dapat diikutnya slogan-slogan dan nama-nama gah mereka. Apa sekalipun, yang saya hairan, saya tidak tahu samada calon yang saya telah pilih adalah di pihak mana. Seingat saya yang saya undi, hanya gambar dan nama calon tertera di komputer. Jika ini adalah hakikatnya, kenapa perlu dihebohkan kejayaan ini. Malah saya hairan kenapa berita sedemikian relevan disebrkan di media cetak. Memandangkan tugas MPP menjaga kebajikan pelajar, saya rasakan ahli masyarakat di luar univesiti tidak perlu tahu akan berita ini. Kenapa ya?

Sejak dulu lagi saya lihat sentimen parti politik adalah terlalu kuat, sehingga mengganngu keberkesanan MPP melaksanakan tanggungjawabnya setelah pembentukannya. Seorang bekas YDP MPP ada meneyebut pegangangan parti yang kuat menyebabkan ideologi yang berbeza, dan dari situ muncullah halangan pertama dalam pembentukan pasukan MPP yang cemerlang. Saya mengasihani beliau, saya percaya dia seorang pemimpin yang berkebolehan tetapi...Kalau difirkan masa mula-mula dahulu ada program menyuruh pelajar jangan taksub politik. Tetapi kita lihat pengaruh politik dalam persatuan pelajar sangat besar. Kerana pengaruh politik ada di semua tempat dan akhirnya terasa di pada pelajar, tidak kira dari parti apa-apa pun. Hipokrit sungguh. Sila baca artikel saya berkenaan terlalu banyak budaya berpolitik di dalam persatuan pelajar di sini.

Kalau calon tidak dibenarkan untuk berkempen bagaiman hedak dikatakan telah mempunyai maklumat yang mencukupi untuk memilih calon yang sesuai. Saya ada dengar calon berkempen melalui SMS, mengadakan sesi ramah mesra secara kecil-kecilan di fakulti. Tetapi, saya ingin tahu, adakah itu mencerminkan kaedah berkempen di dunia sebenar. Saya fikir, dibuatnya pilihanraya kampus supaya pelajar dapat dibiasakan diri dengan proses demokrasi ni.
Walaupun jika dibenarkan berkempen secara terbuka, saya berpendapat ia tidak banyak membantu pelajar. Kerana seperti ibubapa kami, kami tidak tahu membeza di antara yang bijak berkata-kata dan yang sememangya bijak. Saya sertakan artikel yang mungkin dapat membantu anda membezakan dua jenis manusia ini.

Terus terang saya katakan saya tidak peduli calon manakah syang telah saya undi. Kerana saya berpendapat tidak akan membawa kebaikan kepada diri saya. Nampaknya bukan saya seorang sahaja yang buat sedemikian. Bolehkah kita begitu berbangga akan sistem demokrasi di kampus sedangkan pelajar mengundi tanpa mengambil berat akan signifikan keputusan mereka?


Pelajar tidak kisah akan isu politik. Pelajar tidak kisah Pro-U atau Pro-Mahasiswa menang. Tidak kisah kan aktiviti-aktiviti persatuan tidak bertauliah. Tidak kisah akan pelbagai skandal pelajar atau pak guard merampas laptop pelajar. Yang pentingnya makana sedap, berkualiti dan murah (belum selesai), kemudahan kolej yang selesa dan lengkap (belum pasti lagi) dan kemudahan bas sentiasa ada dan berfungsi dengan elok (masih sedang diusahakan). Penting sangatkah politik? Bukannya, kami diberi kebebasan untuk berpolitik sangat pun.


Pada pendapat saya AUKU selalu diperdebatkan. Inilah, Itulah tetapi semua artikel yang membincangkannya tidak menyebut secara spesifik bahagian mana yang mermasalah. Yang ada hanyalah kenyataan umum bahawa AUKU tidak bagus untuk sekian, sekian dan sekian. Saya berpendapat ini semua cakap kosong dan hanya permainan politikus sahaja. Malah, saya cuba mencari sendiri dokumen AUKU, saya jumpa edisi yang sudah ketinggalan zaman. Apa-apapun saya harap bagi yang ada membaca AUKU dapat mentafsir dan menggunakan AUKU dengan sebaiknya...untuk kebaikan pelajar lah.


Tak banyak yang ingin saya katan mengenai soalan ini. Kononnya, saya nak kaitkan penglibatan pelajar didalam MTP/MPP dan sokongan mereka terhadap MTP/MPP. Maksudnya lagi aktif di dalam aktiviti MTP, lagi kuat sokongan mereka terhadap MTP. Tetapi soalan-soaln yang saya buat tidak berapa bagus untuk membuat sebarang kesimpulan. Apa-apaun anda mungkin berminat membaca artikel saya bertajuk “Ciri-ciri Pelajar yang telah Membazirkan Zaman Universtiti Mereka”



Berdasarkan dua soalan diatas tadi, adakah kemahuan golongan pelajar dipenuhi oleh MPP? Adakah MPP memahami apakah yang pelajar mahukan? Atau kedua-dua pihak mempunyai ekspektasi, tanggapan dan harapan yang berbeza kepada pihak yang satu lagi. Didalam pengurusan ada satu kaedah “expectation setting”, dimana ia hanyalah suatu mesyuarat atau perbincangan dimana ekspektasi dan kemahuan suatu pihak disampaikan dan diselarikan dengan pihak yang berlawanan.
Disini saya berpendapat bahawa pelajar mahukan suatu perkara tetapi MPP berpendapat pelajar mahukan benda yang lain. Salah faham ini akan menyebabkan segala usaha dan sumber MPP disalurkan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak diminta pelajar.
70% mengatakan MTP/MPP menjalankan arahan-arahan pentadbir sedangkan tidak ada responden mahu MTP/MPP menjalankan arahan pentadbir. Apa maksudnya? MTP/MPP mewakili pelajar untuk menyampaikan masalah pelahar. Bukannya untuk diarah melaksanakan projek dan sebagainya. Kalau, sesuatu projek dijalankan dengan ikhlas dan sokongan dari ahli MTP/MPP maka itu cerita lainlah. Saya tidak menyalahkan MTP/MPP kerana fenomena ini. Ia bergantung kepada integriti dan perwatakan pemimpin pelajar tersebut. Saya lebih menyalahkan pihak-pihak yang memaksa MTP/MPP berbuat demikian.

Saya tidak ada apa-apa untuk dikatakan mengenai keputusan bagi soalan ini. Saya pasti ada MTP/MPP yang kuat berusaha untuk memartabatkan kolej atau kelab masing-masing. Seperti yang anda lihat, jawapan paling banyak dipilih oleh responden adalah 3, iaitu jawapan sederhana. Keadaan ini dipanggil central tendency bias. Maksudnya adalah kecenderungan responden untuk memilih jawapan yang se-neutral yang mungkin. Saya biarkan pembaca untuk menfsir sendiri keputusan yang dicapai dari kajian ini. Pada pendapat, saya keputusan ini tidak mampu memberi sebarang kesimpulan yang signifikan. Walaupun bilangan responden ynag bersetuju dengan soalan tersebut, tetapi perbezaan berbanding mereka yang menjawab sebaliknya adalah sedikit.

Saya tidak hairan jika terdapat calon-calon MTP/MPP yang gila kuasa, tidak ikhlas, berniat hendak merapatkan diri dengan menteri-menteri dan sebagainya. Malah, keadaan ini disahkan oleh bekas YDP MPP UPM. Anda boleh membaca luahannya mengenai isu ini di artikelnya bertajuk, “Mistakes In Leadership Practices – My Perspective”
Sebagai seorang pemimpin yang telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab oleh pelajar. Kita harus berpegang kepadanya. Lagipun, saya berpendapat kita perlu ikhlas dalam segala pekerjaan kami. Barulah dapat berkat. Kita patut lakukan sesuatu untuk perkara yang betul, dan bukan sebaran niat tersembunyi. Sila baca artikel saya yang berikut, mengenai apakah sepatutnya tujuan sebenar kita melakukan sebarang pekerjaan.

Saya tidak menyalahkan kesemua isu-isu pelajar ke atas MTP dan MPP. Sebenarnya, saya berpendapat terdapat ramai pelajar yang berkaliber dan berkeupayaan tinggi. Namun begitu, potensi atau sumbangan mereka disekat oleh beberapa individu yang bijak berpolitik dan bijak berkata-kata. Mereka selalunya digelar talam dua muka, pakar tikam belakang dan macam-macam lagi. Akhirnya, berlakulah keretakan dan masalah untuk berkerjasama di dalam kelab atau persatuan.

Namun begitu, masalah ini boleh diselesaikan dengan beberapa kaedah pengurusan. Kaedah-kaedah ini boleh anda baca di blog saya di bawah label ‘organizational development’. Malang sungguh pelajar-pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan sendiri pun tidak tahu menggunakan kaedah ini kerana tidak pandai mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dunia sebenar. Saya dapat lihat pelbagai kem dijalankan. Kem kepimpinan ini, kem itu, KPO dan sebagainya. Jikalau masalah yang sama selalu berlaku di dalam persatuan pelajar sepatutnya kem-kem sedemikian adalah platform terbaik bagi mencari penyelesaiannya, bukankah sepatutnya begitu?. Tapi masalah yang sama tetap berlaku. Anda boleh baca pendapat saya mengenai aktiviti persatuan pelajar di sini.







Sebenarnya saya berpendapat MTP dan MPP sebenarnya tidak mempunyai banyak kuasa. Seorang rakan telah memberitahu bahawa walaupun mesyuarat diadakan dengan pentadbir kolej dan masalah-masalah pelajar disampaikan tetapi aduan tersebut tidak didengari dan dipandang berat. Jikalau anda lihat AUKU (saya merujuk kepada edisi 2006, jika ada perubahan saya minta maaf) dimana disebutnya tanggungjawab MPP anda akan lihat:
Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:

• memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
• tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;
• membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
• diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti;
• menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Saya bukan pelajar undang-undang, saya tidak tahu bagaiman suatu akta dibentuk, saya tidak mampu menafsir bahawa kenyataan tersebut sudah cukup atau tidak untuk mengukuhkan pengaruh dan tanggungjawab MPP. Tetapi saya tahu ahli MPP mengalami pelbagai kesukaran dalam mendapat kerjasama dari pentadbir. Teori saya adalah AUKU tidak memberikan sebarang peruntukan yang membuatkan pentadbir memandang serius akan MPP dan permintaannya.

Saya ingin tahu bagaimana MPP apakah yang dimaksudkan dengan ‘menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar’? Bagaimana fungsi itu dilaksanakan? Apakah saluran-saluran yang ada pada MPPuntuk menyampaikan masalah pelajar dan adakah slauran tersebut berkesan? Saya dapat tahu bahawa setiap universiti ada mempunyai senate. Dan di dalam kes UPM, hanya YDP dari MPP dibenarkan menyertainya.Saya pasti YDP adalah seseorang yang berkarisma dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi tetapi mampukah dia menyampaikan kepentingan pelajar apabila senate tersebut juga terdiri dari dekan-dekan, pensyarah, staff yang lebih berpengalaman? Saya rasa tidak.

Namun begitu, saya faham terdapat satu jawatankuasa yang diberi nama “Jawatankuasa Kebajikan Pelajar” Jika anda klik pada hyperlink itu, anda akan baca penerangannya daripada bekas YDP MPP UPM. Satu usaha yang mulia, tetapi, hanya seorang sahaja ahli merupakan seorang pelajar. Senang cakap pengisian AUKU perlu diolah supaya MPP dihormati dan dipandang berat oleh pentadbit. Jika MPP mengadu bahawa harga makanan adalah mahal maka pegawai-pegawai akan turun bagaikan seorang VIP melakukan sport-check. Bukannya bila VIP turun baru kelam-kabut turun padang.

Daripada mengadu tidak henti-henti, saya cadangkan beberapa penyelesaian. Memandangkan masalah pelajar selalunya benda yang sama, saya cadangkan suatu KPI (Key Performance Indicator) dibentuk untuk mengukur dan menila tahap kebajikan pelajar. Bagi pemimpin pelajar, anda patut tahu tida lama dulu, menteri-menteri telah diberikan KPI dan konsep ini juga dibwa ke Universiti. Jika anda tidak tahu, anda patat rasa malu. Apa itu KPI? Kalau anda tidak tahu, anda tak patut jadi pemimpin pelajar. Contohnya, jika kita mahukan makanan adalah mencukupi bagi pelajar, kita boleh tetapkan untuk bahawa semua kafe pastikan satu hidangan nasi goreng perlu menngunakan jumlah beras/bahan yang tertentu. Jikalau, ada kafe yang melanggar tetapan ini, aduan boleh dibuat secara terus kepada jawatankuasa. Kelebihan kepada sistem ini adalah, tidak ada masa dibuang berdolak-dalih berbincang adakah aduan itu berasa atau tidak. Kita sudah tetapkan adakah suatu aduan berasa atau tidakk awal-awal lagi. Kalau didalam kejuruteraan standard boleh dibentuk, dimana tiang bangunan harus tebalnya adalah sekian-sekian. Kelulusan seorang doktor perlukan ijazah dari universiti sekian dan sekian. Juruterbang harus mempunyai pengalaman beberapa ratus jam sebelum dianggap juruterbang profesional. Kenapa tidak dengan pelajar? Kita tetapkan semua hidangan perlukan hidangan sampingan yang merupakan sayur-sayuran Air kosong tidak boleh dikenakan harga. Mesin filter air wajib diletakkan disetiap kolej, dan di dibersihkan setiap minngu. Apabila standars sudah ada, orang tidak boleh membuat alasan. Perbezaan prestasti pentadbir dan persatuan pelajar boleh dilihat secara objectif dan terus-terang. Kalau dah macam tuh, adakah kamu akan tetap malas melakukan tanggungjawab masing-masing?

Cadangan kedua ialah jika MTP/MPP tidak boleh dipercayai dengan tanggungjawab ataupun kuasa, konnonya kami tidak matang. Biarkanlah. Tetapi pastikan ada seorang pegawai yang bertanggungjawab akan kebajikan pelajar. Dia juga mempunyai KPI dan kerjanya hanyalah untuk memastikan permintaan pelajar dijalankan dan dipenuhi. Gunakan standard yang saya cadangkan tadi untuk memberi panduan apakah keutamaan yang paling mustahak untuk pelajar. Apabila suatu standard tidak dipenuhi, dia bertanggungjawab mencari sumber untuk menanganinya serta memastikan sebarang tindakan yang dipersetujui oleh jawatankuasa kebajikan pelajar dilaksanakan. Sebagai pelajar kita tidak mampu untuk kesana-kemari untuk pastikan sebarang polisi dijalankan. Malah, ada seorang kawan mengadu, apabila kita terlalu kuat menekan para pegawai, naik benci pula mereka. Sedangkan, adalah tanggungjawab mereka. Mungkin jika ada bos, atau pegawai yang lebih tinggi dari mereka datang memaksa mereka menjalankan tugas, mungkin baru akan bergerak suatu polisi itu.

Segala polisi, jawatankuasa, atau mesyuarat tidak akan berubah sehingga pelajar dianggap sebagai ahli yang menyumbang kepada pembangunan universiti. Kami mungkin muda, mentah dan naif. Tetapi itu tidak bermaksud, pandangan kami tidak bernilai. Kami boleh memberikan perspektif yang baru kepada pentadbir dan mampu memberikan pendapat yang bernas.


Kesimpulan

Saya ingin menyimpulkan semua perkara yang telah saya katakan dengan tiga isi dibawah:

Pelajar tidak mahu politik

Kami tidak kisah akan pilihanraya ataupun pergaduhan remeh-temeh diantara pelbagai puak politik di univesitti. Kami hanya mahu belajar dan grad dengan cemerlang. Mungkin juga kumpul kenagan manis. Untuk berbuat demikian, kami hanya perlukan makanan yang sedap, murah da berkualaiti. Kemudahan bas yang konsisten, kolej kediaman yang selesa dan sebagainya.

MPP perlu mepertimbangkan sepenuhnya siapakan merupakan prioriti mereka

Siapakah pihak yang perlu diutamakan? Untuk siapakah MTP/MPP dibentuk? Adakah permintaan pelajar dipenuhi? Adakah apa yang MTP/MPP lakukan sebelum ini merupakan permintaan pelajar ataupun ia adalah apa yang MTP/MPP andaikan adalah permintaan pelajar. Selidiki perkara ini dan pulihkan hubungan MPP-Pelajar. Perbaiki imej diri.

Kaedah yang lebih berkesan untuk MPP menjalankan tugas perlu difikiran

Adakah MPP diberikan cukup saluran untuk menyampaikan masalah-masalh pelajar? Berkesankah saluran tersebut? Adakah dengan membukan meja aduan sudah mencukupi untuk mendapat kerjasama pelajar? Cara sebuah organisasi berinteraksi dengan ‘stakeholder’nya, amat mempengaruhi prestasi organisasi tersebut. Fikir-fikirkanlah.

Sebelum saya akhiri laporan ini, saya ingin katakan bahawa terdapat pelbagai cara untuk menyumbang kepada universiti tidak kira anda seorang ahli MPP ataupun pelajar biasa. Anda tidak perlu menjerit-jerit di tepi jalan memegang sepanduk. Jika anda sudah tawar hati dalam memperjuangkan universiti kerana sumbangan anda tidak dihargai kerana budaya berpolitik yang melampau. Jangan berhenti. Jadi kreatif dalam mencari kaedah baru untuk menyumbang. Rajinkan diri mencari penyelesaian kepada masalah pelajar dengan melakukan kajian di internet, buku-buku dan sebagainya. Carilah perspektif batu denganmerujuk kepada persatuan lain, bentuk organisasi lain, negara atau budaya lain dan sebaginya. Perhatikan bagaimana mereka meneyelesaikan suatu masalah. Setiap tahun MPP akan keluar negara melawat persatuan pelajar negara lain, bukan?

Lihatlah apa yang saya lakukan. Saya mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari dalam salah satu subjek yang saya pelajari dalam melakukan kajian ini. Saya berpendapat jika pelajar-pelajar didedahkan dengan beberapa amaran mengenai dinamik sesebuah persatuan pelajar, maka mereka dapat membawa kemajuan kepada kelab mereka. Oleh itu, saya menulis blog saya. Gunakanlah blog saya sebagai pedang yang menghapuskan sampah masyarakat yang menyekat potensi pelajar dijumpai, gunakan ia sebagai perisai untuk melindungi diri anda dari permainan politik mereka. Di dalamnya adalah pengalaman saya, penyelesaian, dan juga kaedah-kaedah pengurusan yang mampu untuk mengelakkan masalah didalam persatuan anda. Semua orang mampu untuk mengubah keadaan merekea, hanya kamu perlu percaya bahawa kamu boleh. Sekian, terima kasih.

5 comments:

  1. Excellent! You nailed what people thought about MPP there. Everyone thinks that MPP is too much about following orders.

    You mind if I inform the present MPP on your findings?

    Thanks

    ReplyDelete
  2. Can..ill forward the pdf form of the article...

    Though I act so berani...but im concern to about d backlash that i might face later...dun worry, ill survive.I'm not afraid of debates and most importantly I know when to apologize when i need to...but when you want to inform them of the findings, pls convey me as a neutral, independant, non-politically motivated, 'passionate about student issue' individual. I dun wan this to be too political. I just want to encourage healthy debate by all members of the uni.

    One last thing, make sure they understand the weaknesses of my research, it's not professional level lar..amateur only...

    Other than that, by all means, go on.

    ReplyDelete
  3. banyak gile salah eja, mintak mmapla. Dah mals...nak check...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. for the last time... PLEASE STOP SENDING THIS KINDA THING!!!! i'm really curios, it just me or u are making up this tooo melodramatic, things that people already know..? it's obvious that majority of the student DISSLIKE or more appropriate DOES'T BOTHER at all the turmoil in campus politics... by the way, why u should one? and u have quotes "Anda tidak perlu menjerit-jerit di tepi jalan memegang sepanduk. Jika anda sudah tawar hati dalam memperjuangkan universiti kerana sumbangan anda tidak dihargai kerana budaya berpolitik yang melampau. Jangan berhenti. Jadi kreatif dalam mencari kaedah baru untuk menyumbang" what year are u from ? seriously? one good advise u should remember... not all human are perfect!. Ya.. just because most of the MPP's are 'strictly toady'.. but, u must also not forget the contribution and the GUTS that they all have.., to willing to step up the plate to become the ONE.., the 'leader' that might not satisfied some of the skeptic ( GOLONGAN YANG TIDAK RETI BERSYUKUR KEPADA ILLAHI dan hanya tahu to bash up people just because they accidently got a some few ‘advantage’ goshh…! such a irony) if not from them, then who else?. So i think u should analysis carefully this the very old says that "klau kita meludah ke langit, pasti ia akan mengenai muka kita kembali.." Assalamulaikum

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam,

    thx for replying, im sure im not the only one who agrees that students dont care about student politics.

    BUT STUDENTS SHOULD!

    it's just that our definition of politics is wrong...we should be concern about politics beacue its effects us better or worse...and through politics you can make a change, a better and bigger change than doing a blog like what im doing but...

    http://beyonduni.blogspot.com/2008/10/unnecessary-politics-in-mpp-and-mtp.html

    im not being ungrateful, I acknowledge their contribution. If you really follow my blog you would see that Im not totally against them. Its just that some factors are hindering potential individual from excelling.

    The objective of this was merely to test my theories. The objective of my blog is to be an avenue to share and debate about student issues, rather than having a que sera sera attitude.

    Your opinion is highly appreciated and are yours, and mine my own. We both have the right to express ourselves.

    Thx for commenting

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin