Tuesday, July 7, 2009

Nak buat sesuatu mestilah betul niatnya!

Tahniah saya ucapkan kepada Brandon, Szeelooi dan William kerana berjaya ke Paris untuk mewakili Malaysia didalam pertandingan Loreal Brandstorm. Korang boleh nampak muka diorang pada 2:20.


Saya amat cemburukan mereka, dapat melancong ke Eropah, dapat menimba banyak pengalaman dan berinteraksi dengan belia yang bijak-bijak (bukan bijak berkata-kata aja ye) dari seluruh dunia. Sepatutnya mahasiswa kena banyakkan lagi buat aktiviti macam nih. Daripada buat aktiviti jual dadih atau keropok kan? Cuba korang bandingkan keusahwanan yang selalu dilakukan oleh kolej korang ngan keusahawanan kat dalam pertandingan ni. Banyakkan? Oh ya, merekakesemuanya ahli AIESEC, setiap tahun mestia ada ahli AIESEC join (Promote AIESEC sekejap ;P)

Aku tak bermaksud semua orang kena join pertandingan dan buat gila-gila sampai tahap antarabangsa, tapi sekurang-kurangnya kena pasang matlamat tinggi-tinggi sikit ar. Jangan setakat nak menang peringkat kolej jer. Kalau nak suka2 tak kisah ar, tapi kalau boleh, cuba fokus kepada sesuatu yang bersifat jangka panjang.

Jangan sertai pertandingan semata-mata nak dapat merit untuk stay kolej atau nak kumpul sijil supaya dapat anugerah canselor ke apa...kita sertai pertandingan/aktiviti untuk belajar...tu je patut fikir. Tak payah kehadiran korang digunakan semata-mata untuk tunjuk ada aktiviti dapat dilakukan oleh sesuatu persatuan itu.

Kumpul merit untuk stay kolej buat apa...lebih2 lagi kalau dapat merit dari aktiviti yang sampah2. Korang paling tinggi pun duduk uni empat tahun. Nak dapat anugerah bila ko grad? Tak payah, kalau majikan dapat tahu apa yang korang telah buat semasa uni sebenarnya, diorang tak hairan lah sangat. Nama aktiviti je hebat-hebat, tak payah ar.

Bukannya apa, pelajar fakulti saya iaitu Fakulti Ekonomi Pengurusan pun tak banyak nak join pertandingan Loreal ni. Alasannya? Aku tak tau lah tapi aku tak hairan jika salah satu daripadanya ialah tak pandai bahasa Inggeris. Untuk yang tidak tahu, pertandingan ini juga melibatkan pembentukan konsep, kemahiran menganalisa dan akhir sekali pembentangan. Oleh itu, janganlah takut, bukan semua bahagian terdiri daripada presentation, lagipun kita nak belajar kan?

Aku tengok aktiviti-aktiviti pelajar kurang memaksa/menggalakkan pelajar berfikir. Aktiviti yang ada, hanya memerlukan pelajar buat kerja macam robot, kerja-kerja operasi. Contohnya, bengkel menangani stress, pelajar hanya perlu buat proposal, panngil VIP, sediakan makanan dan benda-benda remeh macam tu.

Yang bagusnya AIESEC ni, dia punya aktiviti dalam kem dan persidangan mereka, ia menggalakkan ahlinya berfikir untuk kemajuan kelab. Salah satu faktor ialah penggunaan konsep-konsep pengurusan yang terbukti keberkesanannya seperti matlamat yang jelas (sehingga tiada siapa boleh memberi alasan seperti 'the talkers' yang selalu ada dikalangan pemimpin pelajar), KPI, kaedah sesi perancangan (semua orang kata mereka ada buat perancangan, tapi kalau tak dapat ikut, maksudnya ko buat salah la tu) dan sebagainya.

Budaya Malaysia banyak sangat budaya berpolitik, menunjuk-nunjuk dan kurang penekanan ke atas isi kandungan dan keikhlasan. Sama-sama kita cuba buang budaya-budaya negatif ni...

Sekian, terima kasih...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin