Friday, August 28, 2009

Muhibah Wujud Apabila Kita Tidak Perlu Fikir Pasal Muhibah

Masa uni, dulu ada satu pertandingan menyanyi lagu patriotik kat kolej. Saya dapat tahu ada satu peserta menang kerana hakim nak tunjuk muhibah la. Saya tak setuju dengan tindakan ini. Kenapa? Kerana "Muhibah wujud apabila kita tidak perlu fikir pasal muhibah".

Muhibah. Perpaduan. Kebersamaan. Kesamarataan. Apabila kita mahu semua ideal ini dicapai, persoalan kaum tidak akan, tidak perlu menjadi isu di dalam sebarang pertimbangan. Di dalam kes pertandingan tadi, memilih peserta itu untuk nampak muhibah merupakan satu kelakuan yang sebaliknya dari membentuk muhibah. Kalau peserta tadi tahu, pasti dia tidak gemar. Sebab dia tidak dipilih kerana kemahirannya, dia tidak menang kerana dia sememangnya layak.


Lagi, satu. Kalau nak ada pun soal kaum perlu dipertimbangkan, tidak perlu didalam pertandingan kecil dan hal remeh-temeh seperti pertandingan menyanyi. Lebih baik kita tunjukkan muhibah dalam pemikiran kita apabila berdepan topik sensitif seperti topik ekonomi, agama, budaya, perundangan, polisi kerajaan dan sebagainya. Disitulah pertimbangan kaum akan membentuk muhibah.

Setiap kali kita nampak poster muhibah, aktiviti yang nak tunjukkan kemuhibahan; adalah satu peringatan bahawa kita semua muhibah. Perlu ke kita diingatkan kalau kita betul-betul muhibah? Betulkah kita muhibah? Macam saya katakan di atas "Muhibah wujud apabila kita tidak perlu fikir pasal muhibah". So betulkah? Saya rasa ada harapan untuk Malaysia.

Tapi muhibah tidak berlaku dengan kempen dan aktivti yang ditunjukkan kemuhibahannya. Ia tidak berlaku apabila pelajar pelbagai kaum dipaksa melakukan aktiviti pelajar bersama-sama. Ia tidak berlaku apabila pelajar pelbagai kaum melakukan projek bersama-sam untuk merit semata-mata dan bukan untuk berinteraksi. Malah, yang sebaliknya perlu berlaku!



Muhibah berlaku apabila semua berkerjasama ke satu arah, satu visi yang tidak ada kaitan dengan muhibah. Saya sangat bertuah kerana saya dapat berkerjasama dengan pelbagai jenis manusia semasa di universiti. Apabila suatu pasukan tidak kira bangsa bersatu dan berkerjasama apabila telah komited untuk mencapai visi yang telah dibentuk maka persoalan kaum menjadi tidak relevan. Dan apabila interaksi sebegini berlaku, maka terbentuknya peluang untuk lebih memahami diri masing-masing. Interaksi ikhlas dan terbuka memainkan peranan bukannya kempen-kempen yang gah.

"Muhibah Adalah Kesan/Simptom Daripada Perhubungan Telus dan Terbuka"

"Segregation brings ignorance. Which brings stereotypes. Which brings distrust. Which brings disunity. Which brings hatred. And Destruction"

"Diversity shields you from extremism and shallow mindedness. Segregation breeds them"
- Me

Be.You.
Jgn lupa klik iklan microsoft. 10Q

2 comments:

  1. It's be a better place in the world if all people were thinking like you..but unfortunately...we live with different experience, style and mind...don't forget that...

    ReplyDelete
  2. That's why we must mix around more...so that we can acknowledge and understand what other people think (their style, experience and etc)and reach a compromise. We cannot be stubborn and force others to agree to everything we want.

    Nothing comes from stubbornness and denial, things happen with understanding and compromise.

    It won't be as good as we want. But that is what compromise is...

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin